realme lancar realme 8 Pro

Dua pengunjung menggunakan telefon pintar realme untuk mengambil gambar.
Dua pengunjung menggunakan telefon pintar realme untuk mengambil gambar.
A
A
A

MEMILIKI telefon pintar dilengkapi kualiti kamera terbaik menjadi idaman pengguna pada masa kini.

Justeru produk baharu iaitu realme 8 Pro yang dilancarkan secara rasmi realme Malaysia pada Khamis tentunya wajar menjadi pilihan kerana merupakan peranti realme pertama yang menampilkan Kamera Ultra Quad 108MP iaitu megapiksel tertinggi yang terdapat dalam industri telefon pintar semasa.

Pengurus Jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, realme 8 Pro mampu menjamin kepuasan pengguna khususnya anak muda yang mahukan telefon pintar yang lebih ‘trendy’ dengan ciri kamera yang hebat.

“Sebagai jenama Dare to Leap, kami dengan bangga memperkenalkan telefon pintar realme pertama yang dilengkapi dengan Kamera 108MP Kejelasan Tanpa Batasan yang menggunakan piksel tertinggi dalam industri. “Dengan adanya realme 8 Pro, ia pasti dapat memuaskan kehendak anak muda di Malaysia yang mencari telefon pintar dengan reka bentuk ‘trendy’ dan ciri kamera yang hebat.

“Sekali lagi ia 108MP dan anda pasti akan menikmati gambar-gambar indah serta pemandangan spektakuler yang ditangkap dengan lensa kameranya,” katanya dalam satu kenyataan.

Telefon pintar realme yang menjanjikan kepuasan kepada pengguna.
Telefon pintar realme yang menjanjikan kepuasan kepada pengguna.

Jelasnya, dengan realme 8 Pro, peminat fotografi dan videografi akan dapat merakam momen-momen luar biasa tanpa batasan dengan terutama menjelang Aidilfitri.

Selain itu, peminat yang membuat pra-pesanan peranti semasa kempen ‘Raya Syokmo dengan 8 Pro’ bermula 22 hingga 30 April dan menerima pesanan realme 8 Pro pada 1 Mei akan mendapat kotak hadiah prapesanan dan tambahan satu tahun jaminan.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang peranti AIoT realme sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri iaitu sejumlah 352 hadiah termasuk realme Smart TV 43 inci, realme Buds Air Pro, realme M1 Sonic Electric Toothbrush dan realme Smart Scale.