Treler terbabas akibatkan kemalangan tujuh kenderaan

Video nahas sebelum susur Tol Rawang tular di media sosial sejak petang Jumaat. Foto: Gambar Tular
Video nahas sebelum susur Tol Rawang tular di media sosial sejak petang Jumaat. Foto: Gambar Tular
A
A
A

GOMBAK - Sebanyak tujuh kenderaan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 445 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala utara sebelum susur Tol Rawang yang mana video kemalangan itu turut tular di media sosial sejak petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 4.50 petang dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Rawang.

Menurutnya, treler tersebut telah hilang kawalan sebelum terbabas seterusnya melanggar beberapa kenderaan lain yang berada di lorong sama.

"Akibat kemalangan itu, beberapa buah kenderaan mengalami kerosakan teruk manakala pemandu dan penumpang mengalami kecederaan ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Treler yang dipercayai terbabas mengakibatkan kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 445 PLUS menghala utara sebelum susur Tol Rawang pada Jumaat.
Treler yang dipercayai terbabas mengakibatkan kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 445 PLUS menghala utara sebelum susur Tol Rawang pada Jumaat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta kerjasama orang awam yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222.

Artikel Berkaitan: