X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki tikam imam gara-gara tersinggung nasihat solat, tarawih

Suspek telah menyerah diri di balai polis selepas menikam seorang imam kerana tersinggung dengan kata-kata mangsa. - Foto Tribunnews
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki bertindak menikam imam selepas tersinggung mendengar kata-kata nasihat kepada jemaah mengenai kepentingan menunaikan solat dan tarawih di masjid ketika Ramadan.

Menerusi laporan Tribunnews, Ketua Siasatan Jenayah Polis Galsel, Aipda Samsuddin berkata, imam masjid, Baso Dg Sallang, 60, mengalami kecederaan selepas ditikam menggunakan parang ketika berada di sebuah kedai dalam kejadian 19 April lalu.

Katanya, suspek, Arsyad Dg Salli, 25, tersinggung dengan kata-kata imam berkenaan sebelum bertindak menyerang dan menikam mangsa.

Sebaik menerima laporan, polis bergegas ke lokasi kejadian tetapi suspek telah melarikan diri.

"Unit Siasatan Jenayah Polis telah mengambil keterangan saksi di tempat kejadian. Motifnya, suspek tersinggung dengan mangsa kerana kata-katanya berhubung solat dan tarawih di masjid.

"Walaupun imam berucap secara umum namun suspek berasa sakit hati seolah kata-kata itu ditujukan kepadanya.

"Bagaimanapun suspek menyerah diri di balai polis pada 20 April jam 4 pagi (waktu tempatan)," katanya.

Mangsa kini dalam keadaan stabil dan menjalani rawatan perubatan di hospital dekat sini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus
Teruja sambut Ramadan!
Umat Islam di seluruh Malaysia pastinya teruja menyambut kehadiran Ramadan kali ini. Meskipun masih berjuang melawan wabak Covid-19, kelonggaran...
Kelantan benarkan 70 peratus jemaah solat Jumaat, tarawih
KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat tarawih di masjid...

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!