PM sertai solat isyak, tarawih di Masjid Ibadurrahman

Anwar bersalaman dengan para jemaah ketika hadir ke Masjid Ibadurrahman bagi menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih malam ini. - Foto Bernama
Anwar bersalaman dengan para jemaah ketika hadir ke Masjid Ibadurrahman bagi menunaikan solat Isyak dan solat sunat tarawih malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

KEPALA BATAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menunaikan solat tarawih bersama penduduk kariah Masjid Ibadurrahman di sini, pada malam Sabtu.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Anwar tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 8.30 malam selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Kementerian Dalam Negeri di Sekolah Latihan Asas Kepolisan (SLAK) di Sungai Petani.

Beliau kemudiannya turut menyertai solat Isyak berjemaah di situ bersama kira-kira 500 jemaah di masjid berkenaan.

Selepas selesai solat tarawih, Anwar kemudiannya meluangkan masa menikmati moreh yang disediakan sebelum meninggalkan masjid berkenaan kira-kira jam 10.20 malam.