Kelindan maut tercampak dari treler

Treler tanpa muatan yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan kelindan maut di Tapah. Foto: ihsan polis.
Treler tanpa muatan yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabit dalam kemalangan hingga mengakibatkan kelindan maut di Tapah. Foto: ihsan polis.
A
A
A

TAPAH - Seorang kelindan maut selepas tercampak keluar dari treler dalam nahas membabitkan dua kenderaan jenis itu di KM354 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.20 pagi itu, mangsa, Keria Salleh, 48, meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandunya berusia 54 tahun cedera di kaki.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, punca kemalangan dipercayai berlaku apabila treler yang dinaiki kedua-dua mangsa melanggar bahagian belakang sebuah lagi treler yang membawa muatan plastik.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika treler yang dipandu lelaki berusia 52 tahun yang dalam

perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Pulau Pinang dilanggar dari arah belakang.

"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan parah," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

"Pemandu yang cedera di kaki kanan dibawa ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

"Polis telah memaklumkan kejadian ini kepada keluarga mangsa dan kenderaan yang terlibat ditahan bagi tujuan pemeriksaan pihak Puspakom," katanya.

Wan Azharuddin berkata, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.