X

Kindly register in order to view this article
!

Sekolah di Melaka tidak terkecuali dikenakan kompaun

Rahmad ketika sidang akhbar di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Ayer Molek pada Khamis.
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka tidak menolak untuk mengenakan kompaun terhadap sekolah yang mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) sehingga berlakunya peningkatan kes Covid-19.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah, Datuk Rahmad Mariman berkata, tindakan kompaun itu tidak terhad kepada institusi pendidikan sahaja, malah premis mahupun kilang juga boleh dikenakan kompaun sekiranya tercetus kluster baharu gara-gara kurangnya pematuhan SOP.

Menurutnya, keputusan itu bukanlah mahu membebankan sekolah, namun peningkatan kes yang berlaku di negeri ini dengan mengambil contoh seorang pelajar dari Selangor kembali ke asrama.

"Peningkatan kes di negeri ini berpunca daripada kes import B dalam kalangan pelajar termasuk kejadian 37 pelajar kolej vokasional yang disahkan positif Covid-19.

"Jadi semalam sahaja terdapat peningkatan 63 kes Covid-19 termasuk 37 kes daripada Kluster Pengkalan Batik iaitu kes di kolej berkenaan yang berpunca dari kes import B," katanya.

Rahmad berkata demikian pada sidang akhbar di Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Ayer Molek di sini pada Khamis.

Katanya, sebuah kelas Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) di Bertam Ulu turut diarahkan dikosongkan serta-merta selepas salah seorang murid didapati positif Covid-19 hasil ujian Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag).

"Murid itu dikesan positif semasa membuat saringan Covid-19 sebelum menjalani pembedahan di Hospital Melaka dan punca jangkitan masih disiasat.

"JKN juga masih menunggu keputusan calitan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) murid terbabit," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!