X

Kindly register in order to view this article
!

Vaksin palsu Pfizer dijual RM4,111

Gambar hiasan.
A
A

WASHINGTON - [DIKEMASKINI] Syarikat ubat-ubatan dari Amerika Syarikat (AS), Pfizer mengesahkan vaksin Covid-19 yang dirampas pihak berkuasa di Mexico dan Poland adalah palsu dan bukan dikeluarkan olehnya, menurut media-media AS.

Menurut AFP, satu suntikan vaksin palsu itu dijual pada harga sehingga AS$1,000 (RM4,111).

Di sebuah klinik di Mexico, kira-kira 80 orang menerima satu dos suntikan vaksin palsu itu, lapor akhbar Wall Street Journal.

Botol-botol vaksin palsu itu ditemui di dalam peti penyejuk bir dan pada mulanya dikesan sebagai palsu berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor siri pihak pengeluar pada botol tersebut.

Dalam pada itu, cecair yang terdapat dalam botol-botol vaksin palsu yang dirampas di Poland pula dipercayai sebagai krim untuk antipenuaaan, kata syarikat Pfizer.

Pada Mac lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi amaran tentang vaksin-vaksin palsu Pfizer yang ditemui di Mexico.

Syarikat Pfizer kemudian melakukan ujian terhadap vaksin palsu itu dan mendapati ia bukan keluaran syarikatnya yang menghasilkannya bersama firma BioNTech dari Jerman.

Ketua Sekuriti Global Pfizer, Lev Kubiak berkata, kekurangan vaksin dan keperluan mendesak untuk mendapatkannya telah menyebabkan berlaku komplot penjualan vaksin palsu. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!