X

Kindly register in order to view this article
!

Israel serang Syria dalam bulan Ramadan

Gambar fail menunjukkan beberapa askar Yahudi di Bukit Golan yang di kawasan sempadan Israel dengan Syria. - Gambar AFP
A
A

BAITULMUQADDIS - Tentera rejim Zionis melancarkan sejumlah serangan roket ke atas beberapa lokasi di Syria selepas tentera Syria dikatakan melepaskan sebuah peluru berpandu ke arah sebuah kawasan di wilayah gurun Negev di selatan Israel, dakwa tentera Yahudi itu pada Khamis.

"Sebuah peluru berpandu dari permukaan ke udara dilancarkan dari Syria ke Negev, selatan Israel.

"Sebagai tindak balas, kami (tentera Israel) melancarkan serangan ke arah tempat peluru berpandu Syria dilancarkan," kata Pasukan Pertahanan Israel menerusi Twitter seperti dilaporkan AFP.

Media kerajaan Syria, Sana melaporkan Israel melancarkan serangan itu dari Bukit Golan dan menyasarkan kawasan berhampiran Damsyik.

Jurucakap tentera Israel dilaporkan sebagai berkata, sebuah misil Syria turut dilancarkan ke arah pesawat rejim Zionis itu dalam satu serangan awal tetapi ia gagal menepati sasaran.

Bagaimanapun, media kerajaan Syria melaporkan, tentera negara itu berjaya memintas roket-roket serangan Israel.

Serangan itu dilaporkan menjadikan lokasi-lokasi dekat bandar Dumair, kita-kira 40 kilometer ke timur laut Damsyik sebagai sasaran.

Militia-militia yang dipercayai mendapat sokongan Iran berada di lokasi-lokasi tersebut dan ia merupakan kawasan-kawasan yang pernah diserang oleh Israel sebelum ini.

Menurut media kerajaan Syria, empat askar negaranya mengalami kecederaan akibat serangan tersebut.

Dalam pada itu, setakat ini tiada laporan warga Israel terbunuh atau cedera ketika serangan peluru berpandu Syria itu dilancarkan.

Siren-siren tentang serangan Syria itu dibunyikan dekat Kampung Abu Qrenat di sekitar sebuah reaktor nuklear Israel iaitu di Dimona.

Sebelum ini, rejim Zionis itu tidak pernah mendedahkan senjata nuklearnya tetapi pakar-pakar mendakwa Israel memiliki antara 100 hingga 300 peledak senjata nuklear.

Sejak Perang Saudara meletus di Syria pada tahun 2011, Israel kerap melakukan serangan di negara itu dan menjadikan militia-militia yang mendapat bantuan Iran termasuk anggota-anggota kumpulan Hezbollah Lebanon serta tentera kerajaan Syria sebagai sasaran serangan. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!