India naikkan duti import terhadap barangan Pakistan

Baja adalah antara barang import yang bakal dikenakan duti import tersebut.
Baja adalah antara barang import yang bakal dikenakan duti import tersebut.
A
A
A

MUMBAI - INDIA. India menaikkan duti import ke atas semua barangan dari Pakistan selepas ia menarik balik status istimewa hak perdagangan negara paling disukai (MFN) susulan serangan berdarah yang meragut nyawa puluhan tentera di Kashmir pada minggu lalu.

Menteri Kewangan, Arun Jaitley menerusi Twitter memaklumkan duti asas kastam terhadap kesemua eksport produk Islamabad ke New Delhi termasuk buah-buahan, garam, bahan api dan baja akan dinaikkan kepada 200 peratus dengan segera.

Jumaat lalu, jurucakap kerajaan India memberitahu keputusan penarikan semula status itu boleh memberi kesan kepada perdagangan dua hala bernilai AS$2.61 bilion (RM10.6 bilion).

Serangan pengeboman yang menyasarkan konvoi pasukan keselamatan di wilayah bergolak Kashmir didakwa didalangi kumpulan militan berpusat di Islamabad, Jaish-e-Mohammad.

Insiden itu telah mencetuskan konflik terbaharu antara India dan Pakistan selepas New Delhi menuduh Islamabad melindungi pengganas, namun dinafikan sekeras-kerasnya oleh negara itu. - Bloomberg

Artikel Berkaitan: