X

Kindly register in order to view this article
!

Isu azan: Penduduk mengadu surau tak dibenar guna pembesar suara

Kenyataan akhbar Mohd Shaid pada Rabu.
A
A

PUNCAK ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli memandang serius isu tidak dibenarkan azan menggunakan pembesar suara di sebuah taman perumahan di Puncak Alam.

Mohd Shaid berkata, beliau telah menerima satu aduan daripada penduduk taman perumahan terbabit yang menyatakan pihak surau tidak boleh azan menggunakan pembesar suara.

"Saya dimaklumkan, sekiranya pihak surau mahu menggunakan pembesar suara, mereka perlu menunggu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi membincangkan kebenaran azan menggunakan pembesar suara.

"Bagaimanapun, buat masa ini, pembesar suara ‘portable’ digunakan di dalam surau," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Justeru, beliau menggesa Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail menyelesaikan perkara itu dengan segera.

"Saya memberi tempoh seminggu untuk perkara ini diselesaikan sebelum ia merebak ke kawasan lain di negeri Selangor.

"Isu-isu sensitif seperti ini sepatutnya tidak timbul. Penduduk yang duduk dalam masyarakat majmuk, perlu hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!