Sultan Selangor berkenan terima zakat perniagaan lebih RM3.1 juta

Sultan Sharafuddin (kanan) menerima zakat daripada Worldwide Holdings Berhad pada majlis diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Isnin.
Sultan Sharafuddin (kanan) menerima zakat daripada Worldwide Holdings Berhad pada majlis diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan daripada dua syarikat korporat berjumlah RM3,138,995.

Menerusi kenyataan Lembaga Zakat Selangor (LZS), Worldwide Holdings Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datin Paduka Norazlina Zakaria menyerahkan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 sebanyak RM2,138,995.

LZS memberitahu, Sime Darby Property yang mewakilkan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican pula menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 sebanyak RM1 juta.

LZS menjelaskan, majlis penyerahan itu dilakukan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Isnin.

Majlis penyerahan zakat turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga LZS, Saipolyazan M Yusop.

Artikel Berkaitan: