Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Penyanyiterkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor pada jam 6.21 pagi tadi.
Menerusi satu kenyataan dalam Instagram rasminya, pihak pengurusan Siti Nurhaliza memaklumkan bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
"Siti dan bayi dalam keadaan baik dan sihat.
"Suami beliau, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta selamat melahirkan bayi kedua mereka.
"Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan berjalan lancar," menurut kenyataan itu.
Dalam hantaran sama, Siti dan suaminya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women's Specialist yang menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.
Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women's Specialists, Datuk Dr Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.
"Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah SWT," katanya.
Siti Nurhaliza turut berkongsikan klip video yang memaparkan detik-detik manis sebelum melahirkan anak keduanya itu hingga meraih lebih 736,536 tontonan dalam tempoh dua jam dimuat naik.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -La gourmet perkasa bakat individu autisme menerusi kempen 'A Caring Heart'
15 September 2026 10:34amUniMAP perluas jaringan ke 165 institusi Muhammadiyah di Indonesia
15 September 2026 10:03amLima tahun tunggu, PGIRM desak kerajaan nilai KWSP bersasar
15 September 2026 09:47amPotongan 35 peratus terlalu tinggi, PeSAWAH gesa KPKM pantau kilang
15 September 2026 08:50amAmbil bola dalam longkang, polis sahkan empat kanak-kanak meninggal dunia
15 September 2026 12:28amDakwaan penipuan RM1.3 juta: Pempengaruh Aisar Khaled berdepan laporan polis di Indonesia
14 September 2026 05:08pmWanita maut ditikam 13 kali, suami serah diri
15 September 2026 07:55amDua kanak-kanak lemas dalam longkang, dua lagi dikejarkan ke hospital
14 September 2026 09:21pm- Iklan -- Iklan -
