Polis berkas lelaki bantu siasat kes tipu nombor ramalan

Mohamad Farouk Eshak
Mohamad Farouk Eshak
A
A
A

AMPANG - Polis memberkas seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dalam urusan mendapatkan nombor ramalan bagi tujuan mengubah nasib di Pendang Kedah pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 50 tahun itu turut dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berhubung modus operandi yang sama.

"Kita menerima laporan daripada seorang lelaki yang mengalami kerugian sebanyak RM127,120 selepas terpedaya dengan risalah iklan nombor ramalan bagi tujuan mengubah nasib pada 10 tahun lalu," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, mangsa menghubungi nombor yang tertera di iklan dan berurusan dengan seorang individu dikenali dengan nama Master.

"Mangsa diminta membuat bayaran sebanyak RM127,120 ke dalam akaun seorang lelaki bagi tujuan membeli peralatan sembahyang dan upacara ritual.

"Setelah bayaran dibuat, mangsa diminta pergi ke alamat di Pengkalan Kubur Kelantan namun setelah sampai, mangsa mendapati alamat tersebut tidak wujud dan merasakan dirinya telah ditipu," katanya.

Mohamad Farouk menasihati orang ramai jangan mudah percaya dengan individu yang mengaku boleh membantu dan memberi nombor ramalan dalam usaha mengubah nasib seseorang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: