Lima termasuk dalang utama dua video iklan judi ditahan

Tangkap layar iklan perjudian yang tular di laman Twitter. Gambar kecil: Mohamad Zainal Abdullah
Tangkap layar iklan perjudian yang tular di laman Twitter. Gambar kecil: Mohamad Zainal Abdullah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai lima individu termasuk dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian dalam talian telah ditahan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua individu itu ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

"Siasatan kedua-dua kes video itu telah membawa penahanan lima lagi suspek termasuk dalang utama yang diburu dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian dalam talian untuk menerbitkan video tersebut," katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Mohamad Zainal berkata, keseluruhan tangkapan setakat ini adalah seramai 18 orang.

"Tangkapan terbaru, seramai lima orang yang terdiri daripada pengarah filem, penyanyi dan komposer itu akan direman hari ini, siasatan masih diteruskan bagi menjejaki sindiket judi dalam talian itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular iklan Hari Raya Aidilfitri ajak berjudi

PDRM siasat penerbit, pelakon iklan raya promosi judi online

Polis tahan empat pelakon video kedua iklan judi online

Artikel Berkaitan:

[DIKEMAS KINI] Lagi iklan raya promosi judi disiasat

Pada Sabtu, media melaporkan polis sudah mengenal pasti seorang lelaki dipercayai menjadi dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian.

Mohamad Zainal berkata, lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat terakhir di Kuala Lumpur.

"Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian," katanya.