Tular iklan Hari Raya Aidilfitri ajak berjudi

Tangkap layar iklan perjudian yang tular di laman Twitter.
Tangkap layar iklan perjudian yang tular di laman Twitter.
A
A
A

SHAH ALAM - Iklan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah syarikat perjudian yang mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang berganda tular di media sosial.

Malah iklan perjudian berkenaan turut menggunakan khidmat beberapa pelakon dipercayai Muslim tampil dengan imej bertudung, lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu menerusi iklan mereka.

“Apa ditunggu marilah cuba, untung nasibmu engkau berjaya, cuci semua kemudian beraya,” antara bait-bait lirik yang terdapat dalam video berdurasi 2 minit 1 saat yang kini tular itu.

Iklan ini bukan sahaja mengejutkan banyak pihak tetapi mengundang kecaman netizen serta menarik perhatian ahli politik apabila hari istimewa umat Islam itu dijadikan sebagai modal iklan syarikat perjudian.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan iklan perjudian itu seperti mahu mencabar undang-undang negara bahkan langsung tidak sensitif dengan kemuliaan bulan Ramadan.

Ahmad Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli Shaari

"Tanpa sebarang syak, iklan itu benar-benar mencabar undang-undang negara bahkan juga kemuliaan bulan Ramadan," katanya dalam catatan di laman Facebooknya pada Khamis malam.

Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda Pas menggesa pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan segera.

Artikel Berkaitan:

"Kerajaan melalui SKMM wajib bertindak seberapa segera yang mungkin. Iklan itu wajib ditarik balik semula dan mereka yang bertanggungjawab menerbitkan iklan ini wajib diadili," katanya.