Kadar sewa mungkin meningkat

Bagi tempoh Januari hingga Disember 2020, empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor dikenal pasti mendapat permintaan tinggi untuk sewaan rumah.
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2020, empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor dikenal pasti mendapat permintaan tinggi untuk sewaan rumah.
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar sewa rumah teres dan bertingkat di kebanyakan bandar utama di negara ini dijangka terus mengalami peningkatan dalam beberapa tahun disebabkan harga hartanah yang semakin tinggi.

Pengurus Besar iProperty.com.my, Shylendra Nathan berkata, kelonggaran polisi kewangan semasa ekoran pandemik Covid-19 ketika ini yang mempermudahkan pinjaman pembiayaan perumahan juga mempengaruhi harga hartanah.

Menurutnya, lebih ramai akan memilih untuk menyewa daripada membeli manakala pembeli rumah pula tidak akan menurunkan harga sewa kerana ingin menampung kos pembelian rumah terbabit.

“Berdasarkan analisis pihak kami bagi tempoh Januari hingga Disember 2020, empat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor dikenal pasti mendapat permintaan tinggi untuk sewaan rumah.

“Kami melihat kebanyakan rumah kediaman yang ditawarkan untuk disewa ialah rumah kediaman bertingkat tinggi kerana hasil sewaannya lebih tinggi berbanding rumah kediaman atas tanah.

“Antara jenis harta tanah kediaman bertingkat tinggi yang menjadi pilihan kebanyakan penyewa ialah kondominium diikuti dengan apartmen servis,” katanya kepada Sinar Harian.Ujar beliau, pada tahun lepas, harga rumah teres meningkat kepada RM1,700 apabila situasi semasa menunjukkan ramai memilih kediaman lebih selesa dan menyebabkan rumah bertingkat mengalami purata penurunan sebanyak RM100.

Tambahnya, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan harga sewa rumah seperti lokasi, kemudahan akses, kemudahan pengangkutan, keselamatan dan syarat pinjaman.

Sementara itu, urusan mendapatkan kembali deposit sewa rumah daripada pemilik kediaman menjadi sukar sekiranya kedua-dua pihak tidak menandatangani surat perjanjian.

Artikel Berkaitan:

Seorang penyewa yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, proses pemulangan sewa rumah bertambah rumit apabila penyewa tiada dokumen berkenaan.

“Di awal perbincangan dengan tuan rumah, kami tidak berbincang soal syarat perjanjian. Hanya bercakap mengenai harga sewa bulanan, bil air dan elektrik.

“Tuan rumah cakap akan ada dokumen perjanjian dan dia akan dapatkan tandatangan persetujuan tapi tidak berbuat demikian.

“Saya telah menyewa sekitar setahun lebih dan bila mahu keluar, tuan rumah enggan pulangkan deposit sebab tiada bukti bayaran. Saya juga tidak tahu ada syarat kena sewa untuk tempoh tertentu jika mahu deposit dikembalikan,” katanya.