X

Kindly register in order to view this article
!

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup

Dalam satu surat pekeliling yang diedarkan memaklumkan semua sekolah di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan PKP ditutup mulai Ahad hingga 24 April depan.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Semua sekolah di tujuh kawasan di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai ditutup bermula Ahad.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Zulkernai Fauzi dalam satu surat pekeliling yang diedarkan berkata, penutupan institusi pendidikan itu dibuat sehingga 24 April depan.

"Hasil mesyuarat dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Khas Kelantan petang semalam (Sabtu) mencadangkan menutup semua sekolah dibawah KPM di tujuh daerah yang dilaksanakan PKP," katanya menerusi surat pekeliling itu.

Menurutnya, semua sekolah di tujuh daerah itu perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah ( PdPR).

Beliau bagaimanapun berkata, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama.

Tujuh daerah tersebut itu ialah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Tumpat dan Tanah Merah.

Tiga lagi jajahan iaitu Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai tidak berada dibawah arahan PKP.

Setakat Ahad, tiga lokasi di negeri ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Sekolah Tahfiz Bunut Sarang Burung (Tumpat) Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman (Kok Lanas) dan Sekolah Menengah Sains (SMS) Machang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!