Mangsa kemalangan kereta lawan arus meninggal dunia

Kemalangan pada Rabu yang melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya BORR, Butterworth dipercayai salah sebuah kereta terlibat melawan arus.
Kemalangan pada Rabu yang melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya BORR, Butterworth dipercayai salah sebuah kereta terlibat melawan arus.
A
A
A

BUTTERWORTH - Isteri kepada pemandu kereta Corolla Altis yang terlibat dalam kemalangan melawan arus pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, Goh Shei Yi, 31, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSJ pada jam 11 pagi.

Menurutnya, hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah disebabkan kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya.

"Suami mangsa yang sebelum ini dirawat di HSJ telah dipindahkan ke ICU Hospital Island di Georgetown, manakala anaknya berusia tiga tahun juga dirawat di hospital sama.

"Pemandu kereta Honda City berusia 43 tahun pula masih dirawat di ICU HSJ dan dilaporkan stabil," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Rabu lalu, dua pemandu kereta parah dan tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini pada jam 8.20 malam.

Siasatan awal polis mendapati kejadian melibatkan dua buah kereta dan sebuah motosikal itu berpunca daripada salah sebuah daripada kereta terlibat dikatakan telah melawan arus.

Kejadian yang berlaku di Kilometer 13.0 BORR arah Bagan Ajam itu melibatkan kereta jenis Corolla Altis, Honda City dan motosikal Benelli Leoncino.

Artikel Berkaitan:

Kemalangan berpunca apabila pemandu Honda City dari arah Bagan Ajam menghala ke Sungai Dua telah memandu melawan arus.

Akibat pelanggaran itu, dua pemandu kereta parah dan tidak sedarkan diri, namun penunggang motosikal serta pembonceng tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pemandu parah dalam kejadian lawan arus