X

Kindly register in order to view this article
!

[DIKEMAS KINI] 40 petugas kesihatan dijangkiti, KP ingatkan terus ikut SOP

Dr Noor Hisham
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua yang dijangkiti bagaimanapun tidak mempunyai simptom yang teruk.

Beliau berkata, walaupun sudah menerima vaksin, semua pihak perlu meneruskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ini kerana katanya, tiada seorang pun yang selamat selagi virus itu wujud dalam komuniti.

"Sebanyak 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin Covid-19.

"Sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Sabtu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!