Vierge, Dixon tak sabar berlumba di Algarve

Pada GP Doha 4 April lepas, Vierge berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan.
Pada GP Doha 4 April lepas, Vierge berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan.
A
A
A

PELUMBA Moto2 Petronas Yamaha SRT, Xavi Vierge mengakui tidak sabar untuk memulakan perlumbaan sempena Grand Prix (GP) Portugal di Litar Algarve, hujung minggu ini.

Menurut Vierge, setelah mengharungi dua perlumbaan di GP Qatar pada 28 Mac dan GP Doha (4 April) di Litar Antarabangsa Losail, dia kini bersedia untuk mengharungi perlumbaan di Litar Algarve yang disifatkan sebagai litar yang luar biasa.

“Walaupun bukan kali pertama saya berlumba di litar ini, tetapi saya tetap gembira apabila berpeluang berlumba lagi di sini.

“Bagi saya, litar ini luar biasa dan mungkin ia juga salah satu litar terbaik dalam kejuaraan dunia.

“Oleh itu, saya berazam untuk memberikan aksi yang lebih kompetitif mulai dari sesi latihan bebas (FP), kelayakan (Q) dan seterusnya pada perlumbaan sebenar,” katanya.

Pada GP Doha 4 April lepas, Vierge berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan manakala Jake Dixon pula gagal menamatkan perlumbaan.

Sementara itu, Dixon menegaskan dia mahu mengulangi kecemerlangan yang dilakukannya pada GP Qatar di Litar Algarve.

“Musim lalu, saya tidak berpeluang berlumba di sini (Algarve), jadi ia adalah perlumbaan sulung bagi saya di litar ini.

Artikel Berkaitan:

“Saya telah tiba lebih awal di sini, dan telah melihat keadaan litar di sini dan ia membuatkan saya tidak sabar untuk berlumba hujung minggu ini,” katanya.

Untuk rekod, pada GP Qatar 28 Mac lalu, Vierge tidak menamatkan perlumbaan manakala rakan pelumba, Jake Dixon pula berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan ketujuh.