Wira Darul Iman terima penghargaan

Azlimin (empat, kanan) bersama lima Wira Darul Iman sempena majlis penghargaan, ucapan terima kasih serta bual bicara di Dewan Mini, Ibu Pejabat JBPM Terengganu, hari ini.
Azlimin (empat, kanan) bersama lima Wira Darul Iman sempena majlis penghargaan, ucapan terima kasih serta bual bicara di Dewan Mini, Ibu Pejabat JBPM Terengganu, hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lima Wira Darul Iman yang menyelamat mangsa terjunam bersama pacuan empat roda di sungai Terengganu, 8 Februari lalu menerima penghargaan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu.

Lima wira terbabit ialah Muhammad Asadullah Jamaludin, 37, Saiful Anuar Mohd, 37, Mohd Amirol Hafizol Zukafli, 29, Omar Abdul Aziz Othman, 27 dan Shahrul Mizan Harun, 33.

Sijil disampaikan Pengarah JBPM Terengganu, Azlimin Mat Noor sempena majlis penghargaan, ucapan terima kasih dan bual bicara di Dewan Mini, Ibu Pejabat JBPM Terengganu, hari ini.

Sementara itu, Azlimin berkata, kesemua wira yang terlibat dalam menyelamat mangsa pikap terjunam itu akan diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis yang lebih formal.

"Kita akan adakan satu lagi majlis penghargaan yang akan dihadiri Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid untuk menyampaikan pingat kebesaran bomba kepada mereka," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat Abdul Bari ditemui 2.5km dari lokasi hilang

ARTIKEL BERKAITAN: Guna ROV kesan mangsa dari dasar sungai

Terdahulu, kejadian jam 9.40 malam di Pulau Warisan itu telah meragut nyawa seorang lagi penyelamat, Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang merupakan individu terawal tampil bagi menyelamatkan mangsa di dalam pacuan empat roda itu.

Artikel Berkaitan: