Tun M terima penghargaan pada Persidangan Nikkei ke-28 di Tokyo

Hantaran video oleh @Adam Mukhriz semasa Dr Mahathir hadir Persidangan Nikkei ke-28 di Tokyo, Jepun.
Hantaran video oleh @Adam Mukhriz semasa Dr Mahathir hadir Persidangan Nikkei ke-28 di Tokyo, Jepun.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima penghargaan dan tepukan gemuruh sempena Persidangan Nikkei ke-28 di Tokyo, Jepun.

Menerusi hantaran video TikTok @Adam Mukhriz menjelaskan, Dr Mahathir telah dijemput ke persidangan berkenaan sejak pertama kali diadakan pada tahun 1995.

Dalam pada itu, menurut Adam, Jepun suka mendapatkan buah fikiran dan menghormati negarawan tersebut.

Video berdurasi 43 saat itu menerima 6814 tanda suka dan 784 komen daripada pengguna aplikasi berkenaan.

“Lihatlah sampai pekerja hotel pun hormatkan Tun Dr Mahathir,” katanya.