X

Kindly register in order to view this article
!

20 destinasi antarabangsa baharu dijangka rancakkan perjalanan udara

MAHB menjangkakan 20 destinasi antarabangsa baharu dan 80 penerbangan domestik tambahan akan meningkatkan perjalanan udara untuk rangkaian lapangan terbang kendaliannya.
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan 20 destinasi antarabangsa baharu dan 80 penerbangan domestik tambahan akan meningkatkan perjalanan udara untuk rangkaian lapangan terbang kendaliannya termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISG) di Turki.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, MAHB berkata destinasi baharu itu termasuk Hamburg, Basel, Zurich, Sarajevo, Copenhagen, Lyon dan Hannover untuk penerbangan dari ISG dengan frekuensi sehingga 25 setiap minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, walaupun Malaysia dan Turki masih mengenakan sekatan perjalanan, pengendali lapangan terbang itu tetap optimis kerana permintaan untuk perjalanan udara masih ada berdasarkan penawaran penerbangan baharu yang berterusan oleh syarikat penerbangan.

"Kami terus meningkatkan perkhidmatan untuk mempersiapkan ketibaan semula pelancong ketika kami beransur pulih daripada pandemik Covid-19.

"Pada suku pertama tahun ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus unggul dalam penanda aras lapangan terbang global 'Quality Service Airport' dan mencapai skor awal 4.99 daripada 5.00, mengatasi skor 4.98 yang dicapai pada 2020," katanya.

Beliau menambah bahawa kumpulan itu juga telah meningkatkan standard keselamatan dan kesihatannya melalui program Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang global.

"Enam lagi lapangan terbang antarabangsa kami termasuk KLIA dijangka diperakui pada akhir suku kedua," katanya.

Di KLIA, Malaysia Airlines telah mengembalikan semula destinasi seperti London dan Jakarta serta menambah 80 frekuensi penerbangan tambahan ke destinasi domestiknya yang telah meningkatkan jumlah frekuensi mingguan domestik KLIA sebanyak 26.7 peratus. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!