Nicky dipercayai masih ada di Malaysia

Ayob Khan - Foto Bernama
Ayob Khan - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Individu yang dikehendaki polis, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee dipercayai masih berada di negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, setakat ini polis masih belum dapat mengesan lokasi ahli perniagaan dan Pengasas Winner Dynasty Group yang dalam buruan itu.

"Setakat ini, kedudukan belum dapat dikenal pasti lagi, tapi kita percaya dia masih dalam Malaysia.

"Kita juga telah meminta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan juga Jabatan Siasatan Jenayah Komersial untuk mengesan Nicky. Insya-ALLAH kalau dia masih berada di Malaysia kita akan dapat tangkap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan kunjungan ke atas anak anggota polis yang kini mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Khamis.

Pada 31 Mac lalu, pihak berkuasa termasuk di kawasan sempadan negara diletakkan dalam keadaan siap siaga susulan kemungkinan dalang Geng Nicky yang terlibat dalam sindiket jenayah terancang itu akan melarikan diri ke negara lain.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya sudah meletakkan Nicky dalam senarai individu dikehendaki.

"Apabila nama dia (Nicky) itu dalam senarai dikehendaki, pihak berkuasa di jalan keluar dekat kawasan sempadan, jeti, pelabuhan dan lapangan terbang akan dimaklumkan mengenai situasi berbangkit," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Kawalan ketat sempadan elak dalang Geng Nicky lolos: KPN

Sindiket jenayah terancang Geng Nicky lumpuh