Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah: Dari frontliners kepada frontliners

Pendekatan tahun ini sedikit berbeza apabila khidmat 'rider' atau penghantar makanan digunakan untuk tujuan mengagihkan bubur lambuk
Pendekatan tahun ini sedikit berbeza apabila khidmat 'rider' atau penghantar makanan digunakan untuk tujuan mengagihkan bubur lambuk
A
A
A

SHAH ALAM - Sempena menyambut bulan Ramadan, TV AlHijrah menganjurkan program Skuad Bubur Lambuk 2021 sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Eksekutif Kanan Pengurusan Acara TV AlHijrah Muhammad Sazri Sani berkata, program itu sudah memasuki tahun kelima dan merupakan pemberian bubur lambuk percuma kepada orang ramai khususnya petugas barisan hadapan atau frontliners.

Namun menurutnya, pendekatan tahun ini sedikit berbeza apabila pihaknya menggunakan khidmat 'rider' atau penghantar makanan untuk mengagihkan bubur lambuk berbanding mengagihkan bubur lambuk menggunakan food truck sebelum ini.

"Tahun ini kita menggunakan khidmat 'rider' perkhidmatan penghantaran makanan antaranya daripada Grab, Foodpanda, Lalamove dan lain-lain iaitu dari frontliners' kepada frontliners.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Rozaid Abdul Rahman (dua kanan) menerima bubur lambuk disampaikan wakil TV AlHijrah di Kompleks Karangkraf
Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Rozaid Abdul Rahman (dua kanan) menerima bubur lambuk disampaikan wakil TV AlHijrah di Kompleks Karangkraf

"Kalau tahun lepas kita bahagi kumpulan ke beberapa lokasi kita tentukan tetapi tahun ini fokus kita ialah satu hari hanya ke satu lokasi berbanding sebelum ini ke 10 lokasi dalam tempoh sehari.

"Kita gunakan khidmat sekumpulan frontliners untuk menghantar bubur lambuk ke hospital, balai polis termasuk ke kawasan-kawasan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur," katanya kepada Sinar Harian selepas mengagihkan bubur lambuk di Kompleks Karangkraf pada Rabu.

Artikel Berkaitan: