X

Kindly register in order to view this article
!

Terlalu rindu, budak 3 tahun hulur tangan mahu peluk arwah ayah

Gelagat si kecil melepaskan rindu dengan mencium wajah bapa mengundang sebak warganet.- Foto @dhirabesti4
A
A

JAKARTA - Gelagat seorang kanak-kanak meluahkan rasa rindu dengan mencium gambar bapanya di buku surah Yasin berkali-kali mengundang hiba warganet di aplikasi TikTok.

Menerusi laporan Liputan6, video rakaman 36 saat dimuat naik oleh @dhirabesti4 itu meraih lebih 1.9 juta tontonan.

Dalam video ringkas itu, memaparkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun begitu teruja melihat gambar bapanya sambil memanggil 'ayah' beberapa kali.

Kanak-kanak itu dilihat turut menghulurkan kedua tangannya seolah-olah mahu memeluk bapanya yang sudah meninggal dunia kerana sakit.

Perkongsian video tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya sebak melihat gelagat anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa dan hanya mampu melepaskan kerinduan melalui ciuman pada gambar sahaja.

Dalam akaun @dhirabesti4 dipercayai ibu kepada kanak-kanak itu turut memuat naik video dan berkongsi tarikh pemergian suaminya adalah tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada 2017.

Setahun kemudian, wanita berusia 28 tahun itu melahirkan anaknya pada 2018.

"Apa pun yang sudah ditakdirkan ALLAH, itulah jalan yang terbaik. InsyaALLAH akan ada kebahagiaan menanti kita nak (anak)," tulisnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!