X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas penolong eksekutif Felcra didakwa menipu, palsukan akaun AJKKP

Mohd Haire (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan akaun milik majikannya, tiga tahun lalu.
A
A

KUANTAN - Seorang bekas penolong Eksekutif Pembangunan Peserta Felcra Berhad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan atas empat pertuduhan menipu dan memalsukan buku akaun milik majikannya, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Haire Aw Sudin, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.

Bapa kepada dua anak itu didakwa dengan empat pertuduhan iaitu sebagai penolong Eksekutif Pembangunan Peserta Felcra di kawasan Anak Endau, Rompin ketika itu mempunyai niat menipu dan memalsukan akaun Imperes Tabung Kebajikan Peserta (AJKKP) milik majikannya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Felcra Berhad, Rompin antara Januari hingga April 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 477 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Sarah Zainal Abidin menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan serta beberapa syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Haire yang tidak diwakili peguambela memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan masih menanggung keluarga.

"Saya sudah diberhentikan kerja dan tiada pendapatan tetap buat masa ini. Keluarga hanya mempunyai wang sekitar RM8,000 hingga RM9,000 bagi tujuan berkenaan," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM14,000 bagi semua pertuduhan.

Syarat tambahan turut dikenakan terhadap tertuduh iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di Pejabat SPRM pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes disebut semula 5 Mei depan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!