Kapal kargo Israel dipercayai diserang oleh Iran

Gambar fail menunjukkan kapal kargo Hyperion Ray (kanan) milik syarikat perkapalan Israel. - Foto YouTube
Gambar fail menunjukkan kapal kargo Hyperion Ray (kanan) milik syarikat perkapalan Israel. - Foto YouTube
A
A
A

BAITULMUQADDIS - Sebuah kapal kargo yang dikendalikan oleh Israel, Hyperion Ray diserang pada Selasa di timur Teluk Oman dan berhampiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta pantai Iran, lapor media rejim Zionis itu.

Sumber-sumber keselamatan yang dipetik oleh stesen televisyen Channel 12 berkata, kapal kargo itu mengalami kerosakan kecil dalam kejadian yang berlaku dekat Pelabuhan Fujairah, UAE.

Menurut AFP, Iran disyaki melakukan serangan tersebut.

Kapal tersebut dipercayai diserang oleh peluru berpandu, lapor sebuah akhbar Israel.

Seorang jurucakap kapal Hyperion Ray berkata, tiada kerosakan dilaporkan berlaku dan kapal berkenaan dibenarkan untuk meneruskan pelayaran.

Media Arab turut melaporkan bahawa kapal berkenaan diserang dengan peluru berpandu Iran.

Menurut laporan stesen televisyen Al-Mayadeen, Lubnan berkata, kapal yang mengibarkan bendera Bahamas itu dikendalikan oleh syarikat perkapalan Israel, Ray Shipping.

Syarikat tersebut mempunyai sebuah lagi kapal kargo iaitu Helios Ray yang dipercayai diserang dengan periuk api laut sehingga mengakibatkan letupan pada badan kapal tersebut pada Februari lalu berhampiran Oman.

Artikel Berkaitan:

Ketika kejadian, kapal berkenaan dalam pelayaran dari Pelabuhan Dammam, Arab Saudi ke

Singapura.

Iran ketika itu menafikan menyerang kapal Helios Ray yang berlabuh di sebuah pelabuhan UAE untuk membaiki kerosakan tersebut.

Kejadian serangan ke atas kapal Hyperion Ray itu berlaku setelah Teheran mengancam untuk membalas dendam terhadap Israel yang didakwa menjadi dalang dalam insiden letupan di sebuah kemudahan nuklear di Natanz, Iran pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, kejadian itu menyebabkan bekalan tenaga terputus di kemudahan tersebut. - Agensi