Belum masa sesuai penjawat awam minta naik gaji

Cuepacs menuntut kerajaan menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan memberi penekanan dalam penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan.
Cuepacs menuntut kerajaan menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan memberi penekanan dalam penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan.
A
A
A

MEMANG sudah jadi lumrah bagi Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk memperjuangkan nasib 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia.

Perjuangan yang paling popular sudah tentu mengenai isu gaji yang sentiasa mendapat hati dalam kalangan kalangan penjawat awam.

Terbaharu, kesatuan itu menuntut kerajaan untuk menyemak semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang telah diguna pakai oleh perkhidmatan awam dan memberi penekanan dalam penetapan kadar gaji minimum sebanyak RM1,800 sebulan.

Mereka mahu kerajaan mengkaji semula skim sedia ada itu bagi memenuhi keperluan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

Difahamkan terdapat 800,000 penjawat awam yang mendapat gaji di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara yang baharu iaitu RM2,208.

Timbul persoalan sama ada kerajaan pada masa ini mampu untuk menunaikan permintaan Ceupacs.

Keadaan ekonomi pada ketika ini tidaklah begitu baik, mungkin permintaan itu tidak sesuai dalam waktu terdekat. Mungkin selepas ekonomi negara kembali pulih, kerajaan boleh pertimbangkan semula permintaan Ceupacs.

Apabila isu gaji ini timbul, ada pihak bercakap mengenai prestasi kakitangan awam, namun Merak Jalanan ingin beri penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan juga belakang yang komited untuk memulihkan semula negara yang dilanda pandemik Covid-19 sejak awal tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Ini semua kerana mereka bekerja dengan penuh keikhlasan dan sayangkan negara dengan sepenuh hati. Semangat inilah yang rakyat mahu.

Perkara yang tidak elok itu, tidak perlulah dibesar-besarkan dan anggaplah dalam setandan pisang tidak semuanya elok. Sementara yang baik harus kita puji dan angkat supaya jadi ikutan semua penjawat awam.