Bluedale digital buku panduan perjalanan

Bluedale mengumumkan untuk mendigitalkan buku panduan perjalanan terbitan mereka.
Bluedale mengumumkan untuk mendigitalkan buku panduan perjalanan terbitan mereka.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat penerbitan Bluedale pada Isnin mengumumkan untuk mendigitalkan buku panduan perjalanan terbitan mereka.

Penerbitnya, Lyndon Yap berkata, langkah pendigitalan itu bagi memastikan panduan perjalanan dapat diakses oleh pelancong.

Lyndon memberitahu, fokus panduan pelancongan bertujuan memaklumkan pelancong kandungan perjalanan yang kurang diketahui.

“Kandungan buku itu membolehkan pelancong dan orang lain mendapat maklumat mengenai lokasi atau perkara yang belum diketahui, misalnya bagaimana Nasi Lemak Antarabangsa pertama kali bermula di Kampung Baru, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan.

Selain pendigitalan, Lyndon berkata, penerbitan buku panduan perjalanan itu turut diedarkan ke pejabat Tourism Malaysia di seluruh negara.

“Berbagai edisi daripada semua buku panduan perjalanan ini telah diterbitkan selama bertahun-tahun sejak permulaan anak syarikat ini yang memungkinkan Penerbitan Bluedale berjaya dan menjadi salah satu penerbit terkemuka di negara ini terutama di Jabatan Pelancongan,” katanya.

Tambahnya, selain menyediakan e-panduan di laman sesawang, mereka juga mengambil langkah untuk memasukkan buku panduan ke dalam aplikasi yang dapat dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple Apps Store untuk kemudahan pengguna.

“Hanya dengan satu klik, semuanya berada di hujung jari tanpa memerlukan bayaran,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk sebarang pertanyaan lebih lanjut, boleh menghubungi 03-78869219 atau emel ke enquiry@bluedale.com.my bagi mendapatkan maklumat mengenai salinan percuma penerbitan mereka.