Polis minta pemilik motosikal dilanggar Honda CRV tampil

Tangkap layar video tular sejak Ahad lalu memaparkan sebuah motosikal dilanggar Honda CRV dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Kepong, Kuala Terengganu.
Tangkap layar video tular sejak Ahad lalu memaparkan sebuah motosikal dilanggar Honda CRV dalam kejadian di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Kepong, Kuala Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis meminta pemilik motosikal di dalam video tular yang memaparkan sebuah motosikal dilanggar Honda CRV tampil untuk memberi keterangan.

Pemangku Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, ia susulan kejadian kemalangan membabitkan beberapa kenderaan sekitar jam 7.20 malam di sebuah kedai makan di Jalan Kampung Kepong, di sini sebagaimana tular di media sosial sejak Ahad lalu.

"Pada 11 April lalu telah tular sebuah rakaman video di Facebook kejadian berlaku di sebuah kedai makan Sofia Corner di Jalan Kepong, di sini.

"Hasil siasatan mendapati sebuah kenderaan jenis Honda CRV telah melanggar Naza Citra dan beberapa kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, susulan penularan video terbabit, pemilik Honda CRV telah membuat laporan polis mengatakan telah terlibat dalam kemalangan pada 9 April lalu.

"Seterusnya pada 10 April pula, pengadu sama telah membuat laporan bahawa cermin hadapan, cermin sisi dan cermin belakang kenderaannya telah dipecahkan serta dia telah diugut.

"Sehubungan itu, pihak polis meminta pemilik motosikal yang dilanggar di dalam video tular itu tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan meminta semua saksi kejadian tampil bagi membolehkan siasatan menyeluruh dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 506/427 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah/khianat) dan mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.