Perjalanan Real Madrid masih jauh

Karim Benzema
Karim Benzema
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid Zinedine Zidane menyifatkan perjalanan masih jauh buat skuad Los Blanco biarpun menewaskan Barcelona 2-1 pada aksi La Liga, pada awal pagi Ahad.

Zidane berkata, kemenangan pada pertembungan ‘el clasico’ itu turut menyaksikan skuad kendaliannya itu meneruskan rentetan ‘kemenangan besar’ setelah menewaskan Liverpool 3-1 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara minggu pada pertengahan minggu.

Justeru menurut Zidane, Los Blanco situ pelru terus memberikan fokus untuk mengharungi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang dalam usaha melakar lebih banyak kejayaan musim ini.

“Perjalanan kita masih jauh dan semua pemain masih perlu untuk memberikan fokus bagi mengharungi perlawanan-perlawanan akan datang.

“Kami akan berehat seketika esok kerana pemain-pemain dilihat agak keletihan setelah mencapai kemuncak prestasi masing-masing pada dua perlawanan berkenaan,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, bintang Perancis Karim Benzema membuka jaringan pada minit ke-13 sebelum Toni Kroos menambah gol kedua pada minit ke-28.

Bagaimanapun pemain Barcelona, Oscar Mingueza akhirnya berjaya merapatkan jurang gol menerusi gol pada minit ke-60.

Sementara itu Zidane berkata, fokus ketika ini adalah bagaimana untuk mengharungi aksi suku akhir kedua berdepan Liverpool di Anfield awal pagi Khamis nanti.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, majoriti pemain yang beraksi berdepan Barcelona hampir pasti akan diturunkan pada aksi berdepan Liverpool kelak.

“Kita kehilangan Lucas Vazquez untuk aksi berdepan Liverpool manakala Nacho Fernandez dan Casemiro untuk aksi berdepan Getafe bagi akai La Liga 19 April depan akibat masalah penggantungan perlawanan.

“Apa pun, kami tetap fokus untuk mengharungi kedua-dua aksi berkenaan selain mengharapkan tidak ada lagi pemain yang mengalami kecederaan selepas ini,” katanya.