X

Kindly register in order to view this article
!

Bengkel terbakar, 15 kenderaan musnah

Sebanyak 15 kenderaan musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel mengecat kenderaan di Pasir Puteh. Foto: Ihsan bomba
A
A

IPOH - Sebanyak 14 kereta dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran membabitkan sebuah bengkel mengecat kenderaan di Pengkalan 1, Pasir Puteh di sini pada Sabtu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Perak dalam satu kenyataan memaklumkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan MERS 999 pada jam 8.31 malam.

"Kebakaran itu melibatkan bengkel mengecat kenderaan yang musnah 70 peratus. Kejadian turut memusnahkan 14 kereta pelbagai model serta sebuah motosikal.

"Kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan operasi pemadaman diteruskan menggunakan aliran air sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, operasi turut melibatkan jentera dari BBP Simpang Pulai serta Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru, Menglembu dan Pasir Pinji.

"Operasi tamat pada jam 12.52 tengah malam," kata kenyataan itu.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!