X

Kindly register in order to view this article
!

Selesaikan isu tanah rizab Melayu: Putra

Hamidah ketika membentang deklarasi pada Kongres Kembalikan Hak Yang Hilang anjuran Putra pada Sabtu.
A
A

IPOH - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menuntut kerajaan menyelesaikan isu tanah rizab Melayu yang didakwa hanya tinggal 11.9 peratus di negara ini.

Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, Kongres Kembalikan Hak Yang Hilang anjuran parti itu menuntut tanah yang telah dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah dibatalkan dan dikembalikan kepada pihak berkuasa negeri.

Menurutnya, tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan tanpa penggantian serta merta atau tidak diganti atau diganti tanpa 'similar in character' hendaklah dibatalkan serta dikembalikan kepada pihak berkuasa negeri dengan mengekalkan status tersebut.

"Kerajaan negeri perlu serius dalam mempertingkatkan usaha bagi memastikan peratusan rizab tanah Melayu mencapai 50 peratus daripada keluasan tanah di negara ini dapat dijadikan satu realiti.

"Pangkalan data tanah rizab Melayu dalam pentadbiran Pejabat Tanah dan Galian diwujudkan agar boleh diakses orang awam selain mewujudkan Majlis Tanah Rizab Melayu yang dipengerusikan sultan-sultan setiap negeri bagi memantau dan menyelia," katanya selepas membentang deklarasi itu di sini pada Sabtu.

Kongres itu turut dihadiri Presiden Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, Hamidah berkata, amalan 'parking' lot tanah yang diluluskan kepada Badan Berkanun Negeri tanpa had masa perlu dihentikan kerana ia menafikan hak rakyat untuk memohon tanah tersebut.

Pada kongres itu, Hamidah turut menuntut agar peranan asal agensi kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) hendaklah dikembalikan kepada dasar penubuhan iaitu sebagai pemegang amanah ekonomi dan pembangunan bumiputera.

"Selain itu, sistem konsesi yang merampas hak kontraktor kecil hendaklah ditamatkan dengan serta merta dan penguasaan kartel-kartel kontrak hendaklah dibanteras.

"Program sosioekonomi diperhebatkan bagi mengurangkan jurang pendapatan kumpulan B40 yang berpotensi menjadi B50 melalui kaedah antaranya pemberian tanah kepada anak muda yang menceburi pertanian, penternakan dan perikanan atau memperkasakan ekonomi komuniti Melayu," katanya.

Katanya, resolusi yang dibentangkan itu akan dikemukakan kepada pemimpin dan Putra akan terus bersuara memastikan kerajaan jangan leka hingga mengabaikan rakyat.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!