Wanita buang sampah di lampu isyarat alami gangguan mental

Tindakan wanita itu membuang sampah dirakam orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan. - Foto tular di Facebook
Tindakan wanita itu membuang sampah dirakam orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan. - Foto tular di Facebook
A
A
A

KLUANG - Seorang wanita yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kerana tindakannya membuang sampah di lampu isyarat Revertex di sini disahkan mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, pihaknya menyedari tindakan wanita berusia 41 tahun itu selepas perbuatan berkenaan tular di Facebook.

"Kita menerima maklumat daripada orang awam yang dia menghalang lalu lintas di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini dan perbuatannya membuang sampah dirakam pengguna jalan raya.

"Siasatan mendapati individu itu mengalami gangguan mental dan semakan juga dia mempunyai lesen memandu yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Jelasnya, wanita itu telah ditahan dan dirujuk ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada polis boleh menghubungi talian 07-7784222 atau hotline 07-7766822.

Artikel Berkaitan: