'Kalau dah terbabas, kembalilah ke pangkal jalan'

Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Anggota dan pegawai polis disarankan agar kembali memperkasakan imej Polis Diraja Malaysia(PDRM).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, mereka (anggota dan pegawai polis) yang telah terbabas diharap segera kembali kepada asal.

"Saya rayu dan nasihatkan mereka yang sudah terbabas, kembali ke pangkal jalan dan bersama meletakkan pasukan kembali ke tempatnya.

"Saya sedar selama ini banyak keluhan daripada masyarakat dalam soal integriti, namun saya dapati terdapat peningkatan, banyak saya terima reaksi positif daripada masyarakat," katanya.

Abdul Hamid ketika merasmikan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.
Abdul Hamid ketika merasmikan Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Taman Angkat Amanita Kontinjen Selangor di Tapak Padang Surau An-Nur, Bandar Puteri, Klang pada Sabtu.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, integriti dalam pasukan harus dijunjung bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik disampaikan kepada masyarakat.

"Jadi saya minta agar perbetulkan diri di hadapan masyarakat, kita semua perlu pastikan ikrar yang dilafazkan pada Hari Polis untuk memastikan tanggungjawab persekitaran damai di bandar serta di kampung dalam keadaan yang amat baik.

Artikel Berkaitan:

"Percayalah sekiranya kita mendapat kerjasama terbaik daripada masyarakat, kita akan peroleh banyak kejayaan sama ada kejayaan dalam membanteras jenayah atau dadah," katanya.