Warisan jalin kerjasama dengan Muda

Mohd Shafie ketika bersiaran secara langsung menerusi IG Live Sinar bertajuk 'Calon PM ke-9 Masih Samar' yang dikendalikan Nurul Riduan pada Jumaat.
Mohd Shafie ketika bersiaran secara langsung menerusi IG Live Sinar bertajuk 'Calon PM ke-9 Masih Samar' yang dikendalikan Nurul Riduan pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Warisan Sabah (Warisan) akan menjalin kerjasama dengan Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, selari dengan itu, satu pertemuan telah diadakan dengan parti yang diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu.

Beliau berkata, sudah tiba masanya golongan muda turut diberi kepercayaan untuk memimpin jika ingin membuat perubahan dalam negara.

"Usaha sama dengan golongan muda perlu dibuat sekiranya ingin melakukan perubahan dalam negara ini.

"Ini kerana kebiasaannya dalam tamadun manusia, perubahan banyak dilakukan oleh generasi muda," katanya ketika menjadi tetamu IG Live Sinar bertajuk 'Calon PM ke-9 Masih Samar' yang bersiaran secara langsung menerusi Instragram Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang berlangsung selama satu jam itu dikendalikan Nurul Riduan Nor Ashaha.

Sementara itu, ketika ditanya siapa calon Perdana Menteri yang dirasakan layak untuk menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, ia terserah kepada rakyat.

"Siapa bakal Perdana Menteri biar rakyat yang tentukan, bukan pemimpin, bukan saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, penentuan itu hanya boleh dilakukan menerusi medan pilihan raya yang akan diadakan.

Ditanya sama ada wujud kemungkinan Warisan akan bekerjasama dengan UMNO Sabah dalam menghadapi PRU15 susulan parti Melayu terbesar itu membuat keputusan tidak bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN), Mohd Shafie berkata, tumpuan partinya ketika ini adalah memperkuatkan 'rumah sendiri' terlebih dahulu.

"Dalam mesyuarat majlis tertinggi malam semalam (Khamis), saya telah nyatakan kepada ahli parti bahawa kita akan perkuatkan rumah rumah kita dahulu iaitu keahlian kita, jentera kita.

"Tiada ertinya dengan siapa kita hendak bergabung sekiranya rumah kita masih usang, rumah kita masih tidak menentu," katanya.