Neelofa mohon maaf isu pelanggaran SOP

Neelofa bersama PU Riz. - Foto: lofa.page
Neelofa bersama PU Riz. - Foto: lofa.page
A
A
A

SELEBRITI dan usahawan, Neelofa memohon maaf susulan kontroversi yang terpalit pada dirinya berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika berkunjung di Langkawi pada awal minggu lalu.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor pergi bersama suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ke lokasi peranginan itu atas tuntutan kerja.

"Saya serendah dan seikhlas hati memohon maaf dengan segala kesalahan berhubung SOP tidak kiralah dalam pengetahuan ataupun tidak.

“Saya serta suami mengaku dan menerima dengan hati terbuka untuk segala keputusan serta tindakan pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya memohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini. Ada banyak perkara terlepas pandang dan sepatutnya memberi contoh lebih baik mengenai hal itu,” katanya dalam video yang dihantar kepada media pada Jumaat.

Neelofa juga memaklumkan bahawa keluarganya dan keluarga Haris telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi memberi keterangan berhubung isu pelanggaran SOP majlis perkahwinan pada 27 Mac lalu.

“Saya dan Haris pergi pada awal minggu ini. Keluarga suami pergi pada beberapa hari lalu, manakala keluarga saya pada hari ini (Jumaat). Alhamdulillah, semua urusan selesai," katanya.

Sebelum ini, warganet mengecam tindakan selebriti itu yang didakwa melanggar SOP ketika berada di Langkawi.

Artikel Berkaitan:

Ia berikutan tular beberapa gambar dan video menunjukkan pasangan ini sedang berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 27 Mac lalu.