Solksjaer tak puas hati walaupun United menang

 Solksjaer nyata tidak berpuas hati biarpun skuad kendaliannya itu mencatatkan kemenangan 2-0 ketika berdepan Granada pada aksi suku akhir Liga Europa di Los Carmenes pada awal pagi Jumaat.
Solksjaer nyata tidak berpuas hati biarpun skuad kendaliannya itu mencatatkan kemenangan 2-0 ketika berdepan Granada pada aksi suku akhir Liga Europa di Los Carmenes pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solksjaer nyata tidak berpuas hati biarpun skuad kendaliannya itu mencatatkan kemenangan 2-0 ketika berdepan Granada pada aksi suku akhir Liga Europa di Los Carmenes pada awal pagi Jumaat.

Menurut Solskjaer, kemenangan berkenaan terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila tiga tonggak utama The Red Devils melibatkan Harry Maguire, Scott McTominay dan Luke Shaw tidak boleh beraksi pada aksi suku akhir kedua di Old Trafford 16 April ini gara-gara mengumpul dua kad kuning setakat ini.

Bagaimanapun menurut Solksjaer, keputusan 3-0 adalah keputusan yang baik kerana sememangnya tidak mudah untuk mana-mana pasukan untuk mencatatkan kemenangan di bumi Sepanyol sebelum ini.

“Secara keseluruhannya, saya menyifatkan kemenangan malam ini tidak begitu sempurna kerana kami menerima tiga kad kuning serta tiga penggantungan perlawanan.

“Kami juga tahu ia sentiasa sukar setiap kali beraksi di bumi Sepanyol kerana kami perlu berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang positif,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, penyerang The Red Devils, Marcus Rashford menjaringkan gol sulung United pada minit ke-31 sebelum Bruno Fernandes menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Sementara itu Solksjaer turut kagum dengan impak yang ditunjukkan oleh Rasfhord pada perlawanan berkenaan yang menyaksikannya kini mengumpul sejumlah 20 jaringan dalam semua pertandingan musim ini.

Malah menurut Solskjaer, jaringan Rashford pada perlawanan berkenaan turut menjadikannya selaku pemain Inggeris pertama yang berjaya menghasilkan gol sebanyak itu sejak Sir Bobby Charlton pada tahun 1964 – 65 lalu.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, Rashford adalah seorang pemain yang baik dan penting buat kita. Begitu juga dengan Fernandes yang saya sifatkan begitu bagus ketika mengambil sepakan penalti.

“Sekali gus menjadikan kita mahu memenangi setiap perlawanan kerana kami adalah pasukan yang muda dan pasukan yang masih dalam proses pembelajaran,” katanya.