Penampilan kali keempat Khairulnizam di Olimpik

Khairulnizam
Khairulnizam
A
A
A

PELAYAR berpengalaman negara, Khairulnizam Mohd Afendy akan mengiringi atlet muda Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024 sekali gus menjadi penampilan keempat berturut-turut buatnya di temasya berprestij itu.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi laman X memaklumkan atlet berusia 30 tahun itu menempah tiket ke temasya berprestij dunia itu selepas menduduki tempat ketiga dalam acara ILCA 7 lelaki Single-Handed Dinghy di kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis.

Khairulnizam merupakan atlet kesepuluh negara layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas Nur Shazrin, tiga pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Johnathan Wong (menembak).

Empat lagi atlet Bertrand Rhodict Lises (terjun), Ariani Nur Dania Mohd Zairi (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat).

Pemenang pingat perak Sukan Asia 2014 dan 2018 itu membuat penampilan sulung pada edisi 2012 di London, diikuti 2016 di Rio de Janeiro, Brazil sebelum di Tokyo 2020.

Pada penampilannya di Olimpik Tokyo, Khairulnizam yang beraksi dalam acara laser menamatkan saingan di kedudukan ke-28 daripada 35 peserta.

Aksinya di Rio menyaksikan beliau mengakhiri saingan di kedudukan ke-35 daripada 46 peserta manakala pada Olimpik London 2012, beliau berada di tempat ke-47 daripada 49 peserta.

INFO

Artikel Berkaitan:

Senarai Atlet Malaysia ke Paris 2024

1.Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin Mohd Latif (Pelayaran)

2.Datuk Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (Berbasikal Trek)

3.Johnathan Wong (Menembak)

4. Bertrand Rhodict Lises (Terjun)

5.Ariani Nur Dania Mohd Zairi (Memanah)

6.Nur Aisyah Mohd Zubir (Berbasikal Lebuh Raya)

7.Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!