Gangguan air: 56 kawasan sudah pulih

Notis status pemulihan bekalan air di Gombak dan Kuala Lumpur.
Notis status pemulihan bekalan air di Gombak dan Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 56 daripada 58 kawasan yang terlibat gangguan bekalan air berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak telah mendapat bekalan air sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, 97 peratus kawasan telah pulih setakat jam 6 petang, Khamis.

Menurutnya, kesemua 12 kawasan terjejas di Gombak telah mendapat bekalan air manakala status pemulihan bekalan air di Kuala Lumpur di tahap 96 peratus.

"Dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Bukit Bandaraya dan Taman Bandaraya masih dalam proses pemulihan bekalan air.

"Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari masa ke masa menerusi semua saluran komunikasi rasmi," katanya.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan kerja-kerja penggantian injap pada jajaran air mentah di Empangan Klang Gates telah menyebabkan henti tugas di Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju sejak Selasa lalu.

Sebanyak 58 kawasan iaitu 46 kawasan di Kuala Lumpur dan 12 kawasan di Gombak terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual itu.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya selewatnya jam 5 pagi, Jumaat.

Artikel Berkaitan: