Kadar zakat fitrah Kelantan RM7

Tengku Mohamad Rizam
Tengku Mohamad Rizam
A
A
A

KOTA BHARU - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah untuk negeri ini adalah sebanyak RM7.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun mana-mana individu yang ingin membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan menurut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

"Kadar nisab zakat harta bagi negeri ini adalah sebanyak RM20,520 untuk haul antara Ramadan tahun 1442 hijrah hingga Ramadan tahun 1443 hijrah.

"Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter Baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi MAIK e-Zakat Payment di www.e-maik.my," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, selain dua saluran tersebut, antara inisiatif lain yang boleh digunakan ialah pembayaran melalui institusi perbankan yang dilantik oleh MAIK sebagai ejen kutipan zakat iaitu Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB, RHB, AmBank, Maybank dan Bank Rakyat.

Selain itu, bank lain yang terlibat ialah Standard Chartered, Affin Bank Berhad, HSBC Bank Berhad, EON Bank Berhad, Al-Rajhi, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Simpanan Nasional, OCBC Al-Amin, dan Agrobank.

"Oleh itu, pihak MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan ini. Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan kali ini dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan.

"Saya bagi pihak MAIK mengucapkan ‘Selamat Menunaikan Ibadah Zakat’ kepada semua umat Islam," katanya.

Artikel Berkaitan: