Kemuka tuntutan palsu, Ketua Cawangan Lojistik TLDM ditahan

Azmi Alias
Azmi Alias
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang Ketua Cawangan Logistik Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan kain rentang berjumlah RM24,250.

Lelaki berusia 36 tahun ditahan di Pejabat SPRM Johor pada jam 10 pagi pada Rabu bagi membantu siasatan.

"Siasatan itu berhubung tuntutan palsu berkaitan perkhidmatan mencetak beg kertas dan kain rentang kepada Markas KD Sultan Ismail, Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM Tanjung Pengelih Mukim Pengerang Kota Tinggi.

"Keseluruhan tuntutan berkenaan berjumlah RM24,250 sedangkan pembekalan tersebut tidak pernah dibuat," kata SPRM menerusi kenyataan pada Rabu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan permohonan reman ke atas lelaki berkenaan akan dibuat pada Khamis di Mahkamah Majistret Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: