Sapri bawa pulang RM25,000

Sapri (dua dari kanan) menerima replika cek daripada Nor Azman (tiga dari kiri).
Sapri (dua dari kanan) menerima replika cek daripada Nor Azman (tiga dari kiri).
A
A
A

SEORANG tukang kayu, Sapri Tandi, 52, berjaya menjinakkan ikan kurau seberat 885 gram dan membawa pulang wang tunai RM25,000 dalam Cabaran Memancing Pantai Puteri, Tanjung Kling, Ahad lalu.

Hadiah disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan di Balai Budaya Pantai Puteri.

Ammar (tiga dari kanan) menyempurnakan acara tamat pertandingan.
Ammar (tiga dari kanan) menyempurnakan acara tamat pertandingan.

Naib johan dimenangi Samsuri Sulaiman yang membawa pulang wang tunai RM7,000 dan tempat ketiga dimenangi Khairul Anuar Khalid (RM3,000).

Pertandingan anjuran Wak Jali Event Management itu turut dihadiri Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Juri pertandingan, Mohamad Fazrul Abdul Majid menunjukkan ikan kurau seberat seberat 885 gram yang berjaya dinaikkan oleh johan pertandingan.