X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat lelaki ditemukan dengan kesan luka di dada

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki berusia 30 tahun ditemukan dengan kesan luka di bahagian dada di sebuah apartmen di Taman Pandan Indah di sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat itu ditemukan dalam keadaan terlentang di atas katil di dalam bilik tidur apartmen berkenaan kira-kira pukul 2 petang.

Beliau berkata, pada mulanya polis menerima maklumat daripada seseorang yang memaklumkan bahawa seorang ahli keluarganya didapati tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.

"Pemeriksaan awal terhadap mayat menemukan kesan luka di bahagian dada dan mayat dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk proses bedah siasat esok (hari ini),” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!