Kedah digesa cari kaedah terbaik atasi masalah air

Tan Kok Yew
Tan Kok Yew
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah diminta mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah bekalan air yang didakwa masih berlarutan di beberapa kawasan negeri ini dengan kadar segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Derga, Tan Kok Yew berkata, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk khususnya di kawasan Derga berhubung bekalan air yang kerap terputus.

Menurutnya, penduduk juga mengadu masalah kualiti air yang keruh dihadapi mereka kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Derga.

"Selain mencari penyelesaian terbaik bagi kebaikan bersama, kerajaan negeri khususnya Exco berkaitan dan Menteri Besar Kedah diminta memberi jaminan krisis air di Kedah tidak lagi berulang.

"Kami juga mendesak pihak bertanggungjawab dalam pengurusan bekalan air dapat menjelaskan berkaitan masalah itu demi mengelakkan kekeliruan yang mungkin terjadi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: