Sertai peraduan Tik Tok Alzara

Video perlu dihasilkan dengan durasi tidak melebihi satu minit dan dimuat naik di laman TikTok dengan tanda pagar #Alzara2021 #Fyp #MasakGempakAlzara #SinarHarian. Gambar kecil: Syed Zainul Alhady
Video perlu dihasilkan dengan durasi tidak melebihi satu minit dan dimuat naik di laman TikTok dengan tanda pagar #Alzara2021 #Fyp #MasakGempakAlzara #SinarHarian. Gambar kecil: Syed Zainul Alhady
A
A
A

BUKIT MERTAJAM- Buat julung kalinya Alzara Foods Sdn Bhd dengan kerjasama Sinar Harian menganjurkan peraduan #MasakGempakAlzara yang menawarkan hadiah duit raya keseluruhan berjumlah RM10,000.

Peraduan memasak yangdianjurkan melalui platform TikTok sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini pastinya memberi kelainan dan menguji kreativiti peserta dalam menyediakan video memasak dengan menggunakan produk minyak sapi Alzara.

Video menarik yang perlu disertakan dengan iringan muzik latar Alzara mestilah dihasilkan dengan durasi tidak melebihi satu minit dan dimuat naik di laman TikTok dengan tanda pagar #alzara2021 #fyp #masakgempakalzara #sinarharian.

Peserta juga perlu ‘tag’ video TikTok bersama @alzaramalaysia & @sinarharianonline untuk penilaian panel juri selain pemenang akan dipilih berdasarkan angka tanda disukai tertinggi dan diikuti tontonan paling tinggi.

Pengurus Bahagian Pemasaran, Pengiklanan serta Promosi Alzara, Syed Zainul Alhady berkata, peraduan yang akan bermula pada 5 hingga 25 April ini akan mencungkil bakat peserta bukan sahaja dalam masakan malah menghasilkan video kreatif melalui platform media sosial.

Pandemik Covid-19 yang melanda negara pastinya memberikan pengalaman pahit buat kita terutama golongan yang terkesan dari segi kewangan.

Justeru itu, bagi menceriakan suasana terutamanya dalam bulan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini, Alzara dan Sinar Harian komited menganjurkan peraduan istimewa ini.

“Dengan menyediakan hadiah lumayan keseluruhannya berjumlah RM10,000, kami yakin ia mampu menceriakan lagi sambutan perayaan para pemenang nanti.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga berharap melalui peraduan ini dapat mencungkil bakat rakyat Malaysia yang menampilkan video dan resipi kreatif yang akan dikongsi nanti dengan orang ramai,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, baru-baru ini.

Menceritakan mengenai minyak sapi Alzara, Syed Zainul berkata, produk tenusu yang dikeluarkan pada awal tahun 2019 di pasaran, dihasilkan dengan kualiti terbaik setanding jenama lain.

Menurutnya, setiap tin Alzara mengandungi 25 peratus lebih minyak sapi secara percuma dan lebih istimewa lagi, menggunakan Alzara masa memasak lebih jimat.

Lebih menarik lagi katanya, minyak sapi Alzara dijual dengan harga yang berpatutan dan jauh lebih murah daripada jenama lain, malah masakan dihasilkan dengan menggunakan minyak sapi Alzara pastinya memberikan cita rasa dan aroma berbeza yang akan membuka selera.

Menurut Syed Zainul, selepas hampir tiga tahun dipasarkan, permintaan minyak sapi Alzara sangat memberangsangkan walaupun mereka terpaksa bersaing dengan jenama lain yang telah lama berada di pasaran.

Syed Zainul menunjukkan produk minyak sapi keluaran Alzara yang didatangkan dalam pelbagai saiz bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.
Syed Zainul menunjukkan produk minyak sapi keluaran Alzara yang didatangkan dalam pelbagai saiz bagi memudahkan pengguna membuat pilihan.

“Keenakan rasa dan kepercayaan pelanggan terhadap kualiti produk kami menjadi kunci utama minyak sapi Alzara terus relevan di pasaran.

“Malah kami akan terus melebarkan sayap dengan memasarkan produk ini ke luar Syed Zainul menunjukkan produk minyak sapi keluaran Alzara yang didatangkan dalam pelbagai saiz bagi memudahkan pengguna membuat pilihan. negara tidak lama lagi,” katanya teruja.

Berkongsi mengenai strategi pemasaran, Syed Zainul berkata, platform media sosial digunakan sebaiknya dalam mempromosi minyak sapi Alzara seperti di Facebook dan Instagram.

Selaras dengan perkembangan teknologi baharu, pihaknya kini menjadikan TikTok sebagai platform baharu untuk memperkenalkan lagi produk keluarkan syarikatnya kepada orang ramai.

“Jika dahulu minyak sapi Alzara hanya dijual di kedai runcit dan kedai serbaneka, namun kini orang ramai boleh mendapatkannya di semua Pasaraya Econsave serta kedai Eco Shop di seluruh negara.

“Produk kami juga boleh didapati melalui platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Kami juga menyasarkan produk keluaran Alzara Foods Sdn Bhd akan menjadi produk penting isi rumah di seluruh Malaysia selain ingin memasarkannya di seluruh Nusantara sebelum tahun 2025,” katanya.

Peluang perniagaan

- Alzara Foods Sdn Bhd turut mengalu-alukan golongan usahawan kecil atau mereka yang berminat untuk berniaga pada bulan Ramadan menghubungi mereka bagi mendapatkan harga istimewa barangan Alzara. Hubungi En. Syed Zainul 019 472 2884 atau layari https://www.alzara.com.my/ untuk maklumat lanjut.

-Jadikanlah Ramadan dan musim perayaan kali ini untuk anda menjana pendapatan melalui produk Alzara. Hubungi segera dan pihak Alzara Foods Sdn Bhd sedia membantu.