Sembilan penunggang motosikal ditahan kerana berlumba

Sembilan lelaki ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Sungkai. - Foto ihsan PDRM
Sembilan lelaki ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Sungkai. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sembilan lelaki ditahan polis kerana berlumba dan menunggang motosikal secara merbahaya dalam Op Samseng Jalanan di KM 84, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di Sungkai di sini pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Asisten Komisioner Zakaria Abd Rahman berkata, operasi itu dilakukan selepas menerima maklumat penduduk yang mendakwa diganggu bunyi bising deruman enjin motosikal kerana kegiatan lumba haram pada setiap malam minggu.

Menurutnya, ketika operasi dijalankan sekumpulan penunggang berusia 18 hingga 33 tahun itu sedang leka berlumba.

Sekumpulan lelaki yang leka berlumba dan menyaksikan lumba haram ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Sungkai. - Foto ihsan PDRM
Sekumpulan lelaki yang leka berlumba dan menyaksikan lumba haram ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Sungkai. - Foto ihsan PDRM

"Mereka didapati menunggang dalam kelajuan tinggi sambil melakukan aksi merbahaya di atas jalan dengan menundukkan badan dan melakukan aksi zig-zag serta mengangkat tayar hadapan (wheelie).

"Tindakan mereka itu bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah pengguna jalan raya lain," katanya.

Zakaria berkata, kesemua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk siasatan lanjut.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan mendapati empat daripada mereka positif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

"JSPT Perak tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan samseng jalanan," katanya.