X

Kindly register in order to view this article
!

Menteri UMNO letak jawatan pada Ogos jika Parlimen belum bubar: Tajuddin

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman
A
A

PETALING JAYA - Ahli-ahli UMNO yang kini sedang berkhidmat sebagai menteri akan melepaskan jawatan masing-masing menjelang Ogos depan.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman melalui FMT berkata, ia termasuklah mereka yang memegang jawatan timbalan menteri dan pengerusi-pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau dalam temu ramah bersama portal berita itu menegaskan bahawa UMNO membuat keputusan pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada Ogos jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih gagal membubarkan Parlimen dalam tempoh itu.

"Menteri, timbalan menteri, pengerusi-pengerusi GLC akan berhenti. Kerajaan akan jatuh," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman secara rasminya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd, syarikat milik Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berkuat kuasa serta-merta.

Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh mengumumkan perkara itu dalam Majlis Penerangan Isu Semasa di Dewan Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pulau Lima, di Pasir Puteh pada malam 31 Mac lalu.

Sebelumnya, Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa 6 Januari 2021.

Beliau menjelaskan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

ARTIKEL BERKAITAN: Zawawi lepas jawatan Pengerusi Kesedar Kilang Sdn Bhd

Ahmad Jazlan letak jawatan Pengerusi MPOB

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan supaya Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan atau satu tarikh lebih awal sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong perkenan isytihar darurat sehingga 1 Ogos


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!