Bedah pesakit ketika hospital terbakar

Pasukan bomba berhempas-pulas memadamkan kebakaran tersebut ketika para doktor sedang melakukan pembedahan di sebuah hospital di Blagoveshchensk terletak di Timur Jauh Rusia. - Foto: AFP
Pasukan bomba berhempas-pulas memadamkan kebakaran tersebut ketika para doktor sedang melakukan pembedahan di sebuah hospital di Blagoveshchensk terletak di Timur Jauh Rusia. - Foto: AFP
A
A
A

MOSCOW - Sepasukan doktor di Rusia pada Jumaat berjaya melakukan pembedahan jantung terbuka di sebuah hospital yang sedang terbakar pada Jumaat ketika pasukan bomba berhempas-pulas mengawal kebakaran tersebut.

Kira-kira 60 pesakit turut dipindahkan daripada bangunan hospital berbumbung kayu di bandar Blagoveshchensk tersebut.

"Kami melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut," kata Ketua Unit Pembedahan Kardiovaskular, Valentin Filatov ketika diwawancara stesen TV.

Kementerian Kecemasan di wilayah Amur memaklumkan bekalan elektrik yang disambungkan kepada bilik pembedahan itu menggunakan kabel berasingan dan anggota bomba juga memastikan asap tidak memasuki ruang tersebut.

Difahamkan, pesakit terbabit segera dipindahkan ke hospital lain sejurus prosedur itu selesai.

Sementara itu, siasatan awal mendapati kebakaran itu yang berjaya dikawal mungkin berpunca daripada masalah elektrik.

Pihak berkuasa juga berjanji untuk memberikan anugerah kepada kumpulan doktor terbabit yang sanggup menggadaikan nyawa mereka demi untuk menyelamatkan pesakit tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: